View Article |
Pantang Larang Kaum Lelaki Melanau, Sarawak dan Kesan Ketidakpatuhan
Mohammad Husri Morni1, Norazlina Mohd Kiram2, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff3.
Kaum Melanau merupakan salah satu etnik di Sarawak dan mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu di Sarawak baik dari segi kebudayaan, adat resam dan pantang larang. Kaum Melanau mempunyai pantang larang tradisi yang diwarisi secara turun temurun. Pantang larang merupakan larangan atau tegahan terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan dengan tujuan untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang buruk atau kejadian yang tidak diingini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menghuraikan bentuk pantang larang yang menjadi pegangan kaum lelaki Melanau di Sarawak dan kesannya jika pantang larang tidak dipatuhi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah temu bual. Sebanyak 20 data telah dikumpulkan berdasarkan maklumat tujuh orang informan yang mempunyai latar belakang seni dan budaya. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep Yasir Abd Rahman (1987) yang menumpukan pantang larang kepada tiga kategori, iaitu kelahiran, perkahwinan dan aktiviti harian. Hasil kajian mendapati bahawa hampir separuh daripada pantang larang kaum lelaki Melanau melibatkan aktiviti harian, iaitu sebanyak 9 (45 %), manakala kategori kelahiran 8 (40 %) dan perkahwinan 3 (15%). Kepatuhan kaum lelaki Melanau terhadap pantang larang didasari oleh kepercayaan yang kuat bahawa malapetaka akan berlaku jika pantang larang tidak dipatuhi. Secara keseluruhannya, pantang larang mempunyai kaitan yang erat dengan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian diri serta keluarga. Kajian ini diharap dapat mengangkat keunikan pantang larang masyarakat Melanau sebagai satu warisan khazanah bangsa.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 87 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|