View Article |
Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Luar Kelas dalam Kalangan Penutur Bukan Asli Bahasa Arab
Siti Salwa Mohd Noor1, Norasyikin Osman2, Nurazan Mohmad Rouyan3, Norhayati Che Hat4, Khoirun Nisak Mat Saad5.
Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai majoriti pelajar bahasa asing berbanding kemahiran bahasa yang lain. Kemampuan pelajar menguasai kemahiran bertutur dengan baik dan berkesan kebiasaannya menunjukkan tahap penguasaan yang tinggi terhadap sesuatu bahasa. Kajian ini berhasrat mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab luar kelas dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UniSZA). Responden kajian melibatkan 84 orang pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Fakulti Bahasa dan Komunikasi bagi semester dua pengajian tahun 2019/2020. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif yang menggunakan kaedah pengumpulan data secara reka bentuk tinjauan melibatkan edaran soal selidik yang mengandungi 17 item penyataan. Hasil dapatan kajian mendapati secara purata, skor min responden bagi soal selidik adalah tinggi. Dapatan ini secara langsung memperihalkan bahawa tahap kemahiran bertutur bahasa Arab luar kelas dalam kalangan penutur bukan asli bahasa Arab berada pada tahap yang rendah.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 75 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|