View Article |
Perubatan Alternatif Islam: Satu Analisis Kefahaman di Kalangan Para Pelajar
Normarlina Mohamad Lutpi1, Rushdi Ramli2.
Perubatan alternatif Islam bukanlah perkara asing dalam masyarakat Malaysia malah mendapat tempat dan perhatian dalam masyarakat tanpa mengira usia. Bahkan ada kajian yang mengatakan bahawa pusat rawatan alternatif Islam akan berkembang lebih pesat dan maju pada masa kan datang.
Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis pemahaman pelajar mengenai hukum hakam dan kaedah yang berkaitan dengan perubatan alternatif Islam. Responden terdiri daripada 407 pelajar peringkat diploma di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Antara kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data dalam kajian ini adalah penyelidikan perpustakaan, temu bual dan sebaran soal selidik. Kaedah kuantitatif lebih dominan dalam kajian ini. Melalui pengumpulan data, hasil analisis deskriptif mendapati bahawa pemahaman pelajar mengenai hukum dan kaedah perubatan alternatif Islam berada pada tahap tinggi dan baik. Ini menunjukkan kepekaan pelajar terhadap perubatan alternatif Islam. Walau bagaimanapun, masih ada beberapa perkara yang perlu diberi penyelidikan khusus seperti memahami konsep penyembuhan penyakit dan bahan rawatan yang dilarang. Pelajar dinasihatkan untuk mempelajari asas perubatan Islam pada saluran yang betul seperti di Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darussyifa') kerana sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada diuji dengan kesakitan. Dengan pengetahuan yang dipelajari daripada sumber yang betul, guru yang diakui, maka pelajar dapat menjaga diri mereka sendiri atau memilih rawatan perubatan yang patuh syariah agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh merosakkan akidah dan amalan mereka.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 76 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|