View Article |
Tinjauan Literatur Kajian Bilangan dalam al-Quran: Satu Tinjauan Umum
Intan Nor Syahira Ahmad1, Md Nor Abdullah2.
Kajian bilangan dalam al-Quran merupakan satu dimensi baru bagi memahami makna ayat dengan lebih terperinci. Kebanyakan sarjana berpendapat unsur bilangan yang terdapat pada ayat al-Quran mempunyai isyarat yang disifatkan sebagai penting. Di samping itu, unsur bilangan juga merupakan salah satu aspek yang turut dibahaskan dalam kajian kemukjizatan al-Quran iaitu kemukjizatan bilangan (i’jaz al’adadi). Kemunculan tanda kemukjizatan al-Quran daripada aspek bilangan telah menarik minat penulis yang datang daripada pelbagai latar belakang berbeza. Namun begitu, dapatan kajian yang dikemukakan sering menjadi perdebatan. Ini kerana para penulis kebiasaannya menggunakan corak tersendiri ketika menjalankan kajian sesuai bidang kepakaran mereka. Hal ini perlu dikaji semula agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat umum. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti perbincangan unsur-unsur bilangan yang telah dilakukan dalam kajian lepas. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis data secara deskriptif daripada kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk ini. Namun begitu, topik yang ditekankan dalam kajian ini adalah tentang hasil kajian bilangan yang diketengahkan oleh para penulis lepas. Tema-tema mengenainya disusun mengikut bentuk kajian agar kronologinya dapat diteliti. Secara umumnya, kajian bilangan sudah banyak dibincangkan tetapi kajian berkenaan bilangan dalam al-Quran secara khusus masih perlu diberi perhatian..
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 85 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|