View Article |
Kesenian Tamadun Islam dalam Warisan Seni Tradisi Melayu
Siti Fatimah Datu Ali Nafiah1.
Masyarakat Melayu terkenal dengan warisan seni yang telah diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Pelbagai keunikan dan keindahan corak dan seni rekaan yang menonjolkan kesenian Islam dalam kehidupan seharian mereka. Artikel ini bertujuan membincangkan konsep kesenian dalam tamadun Islam. Perbincangan juga mencakupi unsur-unsur seni dari ketamadunan Islam serta meneliti perkembangan hasil seni dari warisan Tamadun Melayu yang bercirikan kesenian Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Metodologi kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dan kajian hanya dibataskan kepada kesenian tradisi muzik Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa warisan seni tradisi Melayu mengamalkan unsur-unsur seni yang terdapat dalam ketamadunan Islam. Oleh yang demikian, masyarakat Islam, khususnya masyarakat Melayu perlu memastikan warisan seni tradisi Melayu terus berhubung dengan elemen seni Islam agar nilai kesenian berlandaskan ajaran Islam terus dihayati selaras dengan peradaban Islam.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 69 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|