View Article |
Gaya Bahasa ‘Aṭf dengan Waw dalam Surah Al-Rūm
Mohamad Hussin1, Muhammad Hakim Kamal2.
Kajian ini merupakan kajian teks yang memfokuskan kepada penggunaan gaya bahasa ‘aṭf dengan Waw dalam surah al-Rūm. Dalam melakukan analisis ini, lima ayat daripada surah al-Rūm diambil sebagai bahan kajian. Fokus kajian adalah untuk meneliti perkaitan antara elemen ‘aṭf iaitu ma‘ṭūf ‘alayh dan ma‘ṭūf yang terdapat dalam ayat kajian. Dalam melakukan kajian ini, teori Ibn Qayyim (t.t) yang menekankan keperluan mendahului elemen yang perlu didahulukan dan mengkemudiankan elemen yang perlu dikemudiankan diaplikasi. Kajian mendapati perkaitan antara elemen ‘aṭf mengisyaratkan kepada suatu makna tertentu yang menggambarkan keindahan linguistik al-Quran. Keimanan dan melakukan amalan kebaikan yang digandingkan bersama mengisyaratkan kepada kedudukan iman sebagai asas penerimaan sesuatu amalan kebaikan. Perkaitan antara kasih sayang dan kasihan belas mengisyaratkan kepada peringkat yang ditempuhi dalam kehidupan berumah tangga. Manakala perkaitan antara pergerakan awan nipis lalu membentuk awan tebal bergumpal mengisyaratkan kepada i‘jāz saintifik dalam al-Quran yang menyatakan fungsi angin dalam proses pembentukan awan.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|