View Article |
Kefahaman Pengetua Cemerlang Terhadap Amalan Pengurusan Islam di Sekolah
Siti Sumaiyya Salim1.
Kajian berkenaan dengan kefahaman pengetua cemerlang terhadap pengurusan Islam adalah sangat penting dalam memastikan sistem persekolahan mencapai objektif dan visi sekolah. Kemajuan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada strategi pengurusan pengetua yang cekap dan berkualiti serta kefahaman yang mendalam dalam mentadbir sesebuah sekolah dengan berlandaskan pengurusan Islam. Kajian ini adalah tertumpu kepada pengetua cemerlang pada beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan, Malaysia. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan kefahaman pengetua cemerlang dalam pengurusan Islam merangkumi tiga konsep iaitu tawhidik, budaya Itqan dan nilai insan. Ia menggambarkan pengetua cemerlang merupakan pemimpin dalam sesebuah organisasi terutamanya organisasi yang berteraskan Islam perlulah memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan lebih tulus bagi meningkatkan sistem persekolahan yang cemerlang.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|