View Article |
Kesediaan Pelajar Generasi Z di Universiti Malaysia Kelantan dalam Pembelajaran Teradun Bahasa Arab dalam Era IR4.0
Ahmad Zaki Amiruddin1, Zulazhan Ab. Halim2, Nurkhamimi Zainuddin3.
Era IR4.0 telah mencetuskan anjakan paradigma dalam pelbagai sektor, termasuk sektor pendidikan melalui penerapan gabungan teknologi; e-pembelajaran dengan pembelajaran bersemuka yang dikenali sebagai pembelajaran teradun. Kajian ini diketengahkan bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelajar Generasi Z (Gen-Z) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam pembelajaran teradun bahasa Arab. Kaedah kuantitatif telah dimanfaatkan dalam kajian ini dengan menumpukan kepada analisis statistik deskriptif melalui edaran soal selidik yang melibatkan pelajar UMK. Dapatan menunjukkan kesediaan responden untuk pembelajaran teradun bahasa Arab pada tahap tinggi. Oleh itu, dicadangkan kajian berkaitan pembelajaran teradun perlu lebih giat dijalankan pada masa akan datang kerana pelajar Gen-Z bersedia menerimanya.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|