View Article |
Hubungan antara Francaisor dan Francaisi dalam Pelaksanaan Perniagaan Francais Menurut Al-Qur'an Al-Karim
Mohd Huefiros Efizi Husain1, Noor Naemah Abdul Rahman2, Nor Fahimah Mohd Razif3.
Artikel ini bertujuan mengenalpasti dalil berkaitan yang ditemui dalam Al-Qur'an al-Karim terhadap hubungan di antara francaisor dan francaisi di atas pelaksanaan perniagaan francais. Ia berperanan sebagai panduan secara menyeluruh sepanjang perjanjian berlangsung bagi membatasi berlakunya konflik yang boleh menyimpangi daripada matlamat francais dicapai. Manakala francais pula merupakan model industri yang dilengkapi dengan pakej sedia ada mengikut akta francais persekutuan seperti pendaftaran, latihan dan pemasaran bergantung kepada kehendak syarikat francais masing-masing. Oleh itu, kajian ini mengkelaskan dalil daripada al-Qur'an al-Karim yang berkaitan dengan hubungan francaisor dan francaisi bagi memudahkan rujukan dilakukan mengikut sudut tertentu. Metodologi analisis kualitatif diaplikasikan dalam kajian ini supaya objektif kajian berjaya dipenuhi melibatkan kaedah kepustakaan terhadap pembacaan daripada pelbagai sumber. Hasil kajian mendapati hubungan kedua-duanya dapat ditemui dalam al-Qur'an melibatkan di antaranya sudut pengetahuan, pematuhan dan pertolongan. Kajian ini mencadangkan agar kepentingan memelihara hubungan di kalangan pengusaha perniagaan francais dapat disedari dengan baik berpandukan dalil daripada sumber pertama perundangan syara' dan berupaya memenuhi setiap hak pihak yang terlibat.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|