Peningkatan motivasi pelajar dalam pemahaman dan penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris dengan menggunakan permainan papan LINK-IT
Melati Desa1, Noraziah Mohd Amin2, Mah, Boon Yih3, Raja Rosila Raja Berahi4, Noor Azli Affendy Lee5, Nur Afiqah Ab. Latif6, Che Nooryohana Zulkifli7.
Penanda wacana merupakan elemen yang penting dalam bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun perbualan. Kegagalan menguasai penggunaan penanda wacana boleh mengakibatkan mesej yang disampaikan menjadi kurang jelas dan mungkin akan menimbulkan salah faham. Sebahagian besar para pengajar bahasa Inggeris memilih untuk menyampaikan ilmu tentang penanda wacana secara konvensional iaitu melalui syarahan, ceramah atau kuliah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan motivasi para pelajar dalam penguasaan penanda wacana bahasa Inggeris melalui sebuah permainan papan yang telah dibangunkan dan dinamakan LINK-IT. Bagi mengukur tahap motivasi pelajar berkaitan pengetahuan penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris, satu kaji selidik telah dijalankan ke atas persepsi mereka selepas bermain permainan papan LINK-IT. Responden kajian ini melibatkan 40 orang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta di utara semenanjung Malaysia. Soalan kaji selidik telah diedarkan kepada responden melalui Google Form dan dapatan data dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih bermotivasi untuk memahami dan mengingati tatacara penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris melalui akitiviti permainan papan LINK-IT. Berdasarkan maklum balas yang dikutip, kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan dalam membantu pelajar menguasai pemahaman tentang penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris dan meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan pemahaman tersebut.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 38 time(s))