View Article |
Penambahbaikan Kaedah Peramalan Purata Setempat bagi Peramalan Data Siri Masa Aras Sungai di Kawasan Banjir
Adib Mashuri1, Nur Hamiza Adenan2, Nor Suriya Abd Karim3, Rawdah Adawiyah Tarmizi4, Nor Zila Abd Hamid5, Mohd Shahriman Adenan6.
Aras air yang agak tinggi, tidak menentu dan melebihi tebing sungai adalah penyebab kepada bencana banjir. Ini memberi kesan kepada berlakunya banjir di kawasan pinggir sungai akibat daripada paras air yang tidak menentu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan kehadiran telatah kalut dan seterusnya membuat peramalan aras air sungai di Sungai Dungun. Kajian ini menggunakan data siri masa di Sungai Dungun, Terengganu bermula daripada April 2009 hingga Mei 2010 melibatkan bacaan paras air yang melebihi paras bahaya. Pengesanan kehadiran telatah kalut adalah dengan menggunakan kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Manakala, peramalan aras air dilakukan menggunakan kaedah penambahbaikan kaedah peramalan purata setempat (penambahbaikan KPPS). Hasil kajian menunjukkan telatah kalut hadir dengan menggunakan kaedah plot ruang fasa dan kaedah Cao. Hasil peramalan menunjukkan bahawa kaedah penambahbaikan ini dapat memberikan hasil peramalan yang cemerlang dengan nilai pekali korelasi melebihi 0.999000. Perbandingan hasil peramalan turut dilaksanakan dengan menggunakan kaedah peramalan purata setempat (KPPS) pada data yang sama. Hasil perbandingan ketepatan peramalan menunjukkan bahawa kaedah penambahbaikan KPPS adalah lebih tepat berbanding peramalan menggunakan kaedah KPPS dengan peningkatan ketepatan hasil peramalan sebanyak 1.77%. Oleh itu, kaedah penambahbaikan KPPS ini adalah sesuai dan dicadangkan untuk digunakan dalam meramal data siri masa aras air sungai di kawasan banjir dan seterusnya memberi manfaat kepada pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab bagi memberikan amaran awal bencana banjir di kawasan terlibat.
Affiliation:
- Kolej Vokasional Batu Lanchang, 11600 Jelutong, Pulau Pinang, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia., Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia., Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia., Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia., Malaysia
- Universiti Teknologi MARA , 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 58 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|