Gejala LGBT di Malaysia: Isu dan cadangan penyelesaian
Mohamad Afandi Md Ismail1, Mohd Sabree Nasri2.
Permasalahan berhubung dengan gejala sosial merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia. Diperingkat antarabangsa, semakin banyak negara-negara yang mula mengetengahkan isu ini sehingga ada negara yang terus menjadikan perbuatan ini sebagai satu jenayah jika diamalkan secara terbuka. Namun begitu, perundangan yang wujud di Malaysia berhubung dengan gejala LGBT ini dilihat agak samar-samar walaupun pada dasarnya telah diperuntukkan perbuatan tersebut sebagai suatu kesalahan secara umum. Dalam pada masa yang sama, terdapat banyak pihak yang tampil untuk mengetengahkan isu ini sebagai suatu langkah untuk menangani melalui pelbagai cara seperti seminar, ceramah, program-program berbentuk kesedaran dan lain-lain. Namun, usaha-usaha ini dilihat tidak begitu memberi kesan, malah menjadikan golongan LGBT dan pihak-pihak yang pro LGBT ini semakin agresif dan tampil secara terbuka mempertahankan perbuatan LGBT sebagai suatu kebebasan kepada individu. Maka, penulisan ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan isu LGBT ini secara lebih terperinci dan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi gejala ini. Dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, pelbagai penulisan dan kes dirujuk bagi mendapatkan data yang bersesuaian. Hasil daripada penulisan ini akan mencadangkan beberapa langkah yang sesuai bagi menyelesaikan isu gejala LGBT ini dari sudut pendekatan undang-undang dan penguatkuasaannya.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 635 time(s))