Kepimpinan transformasi dan elemen percaya pada tuhan dalam organisasi awam
Fazurah Mustaffa1, Maizatul Haizan Mahbob2, Wan Amizah Wan Mahmud3.
Kini, isu integriti sama ada di peringkat pengurusan tertinggi atau kakitangan bawahan dalam organisasi awam di Malaysia semakin banyak dipaparkan di media cetak dan media sosial. Malahan, kerajaan telah memperkenalkan penerapan Etika Perkhidmatan Awam dalam organisasi awam sejak tahun 1979 dan dipraktikkan sehingga kini. Malahan, banyak kajian-kajian literatur yang lepas turut mengkaji keefisienan etika ini. Namun pada masa yang sama juga, kajian literatur juga turut menunjukkan kadar ketirisan integriti semakin meruncing berlaku dalam organisasi awam setiap tahun. Lantaran itu, ketirisan integriti dalam organisasi awam telah mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan organisasi awam dalam urus tadbir negara dengan kepimpinan transformasi. Malahan, pemimpin organisasi awam turut menggunakan komunikasi efektif dalam melaksanakan kepimpinan transformasi seiring dengan perubahan dasar dan perkembangan teknologi maklumat dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Salah satu etika perkhidmatan awam adalah berpegang teguh kepada agama dalam konteks percaya pada tuhan yang telah diterapkan di organisasi awam. Gabungan elemen kepimpinan transformasi dan percaya pada tuhan di organisasi awam dapat membantu mengurangkan ketirisan integriti dalam kalangan penjawat awam. Walau bagaimanapun, cabaran dihadapi apabila mengaplikasi elemen percaya pada tuhan dalam teori kepimpinan transformasi disebabkan ciri-ciri yang terlalu umum. Justeru itu, artikel konseptual ini membincangkan potensi penggabungan elemen percaya pada tuhan dan kepimpinan transformasi dalam organisasi awam bagi mengatasi ketirisan integriti.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 73 time(s))