Pengaruh sikap terhadap penerimaan terhadap pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka
Muhammad Fadzil Abdul Shukor1, Fazurah Mustaffa2, Mohd Sufiean Hassan3, Norli Yusof4, Tun Mastura Wan Lokman5.
Setiap pekerja dalam organisasi merupakan tulang belakang yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Kumpulan ini bergerak sebagai satu pasukan kerja yang menggalas tanggungjawab bagi mencapai matlamat organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan aspek sikap sebagai salah satu elemen Teori Tingkah Laku Terancang dapat menghuraikan penerimaan terhadap pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini menganalisis sama ada wujud pengaruh sikap yang signifikan terhadap pasukan kerja KUIM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 130 orang responden telah dipilih secara rawak bertujuan yang melibatkan kakitangan kumpulan pengurusan professional dan sokongan, kumpulan pentadbiran serta tenaga pengajar di fakulti di KUIM. Manakala, proses pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik yang merangkumi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan aspek sikap sebagai pemboleh ubah yang digunakan adalah signifikan dengan nilai skor yang tinggi iaitu pengaruh sikap meramal secara signifkan terhadap penerimaan pasukan kerja di KUIM, R2 = 0.675 dan menyumbang sebanyak 67.5 peratus varians terhadap pasukan kerja di KUIM. Analisis lanjut mendapati bahawa sikap, ß = 0.174, t (123) = 2.536 mempengaruhi secara signifikan terhadap penerimaan pasukan kerja di KUIM. Kajian ini turut menyarankan agar kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh jawapan yang lebih telus dan realisitik iaitu kaedah temubual atau kumpulan fokus.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 68 time(s))