Kajian eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan teknik Peer Instruction dengan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap pencapaian pemikiran sejarah dan kekekalannya dalam kalangan murid. Seramai 25 orang murid Tingkatan Empat melalui teknik persampelan bertujuan telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian pemikiran sejarah yang telah diadaptasi dan disahkan pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian ANOVA sehala dengan pengukuran berulang melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan teknik Peer Instruction dengan penggunaan sumber-sumber sejarah adalah berkesan secara signifikan terhadap pencapaian pemikiran sejarah dan kekekalannya dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah mencadangkan teknik Peer Instruction dengan penggunaan sumber-sumber sejarah sebagai kaedah pengajaran sejarah yang inovatif yang boleh dilaksanakan pada semua peringkat persekolahan.
Affiliation:
Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia, Malaysia