View Article |
Hubungan faktor persekitaran terhadap penghayatan nilai akhlak dalam kalangan pelatih on job training di aircraft maintanence experience centre (amec-mata), johor bharu.
Annasaii Jamar1, Norhisham bin Muhamad2, Mohamad Marzuqi Abdul Rahim3, Mohd Aderi Che Noh4, Mohd izzuddin Mohd Pisol5, Julia Madzalan6, Mohammad Syakir Sulaiman7.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan persekitaran terhadap penghayatan nilai akhlak dalam kalangan pelajar. Kajian ini memfokuskan kepada empat hubungan persekitaran iaitu pensyarah, ibu bapa, rakan sebaya, dan media massa terhadap tahap penghayatan nilai akhlak dalam kalangan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 169 orang responden yang dipilih secara rawak daripada mahasiswa tahun empat di sebuah Aircraft Maintenance Experience Centre. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan satu set soal selidik yang bagi mengumpul data kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS statistik versi 20.0. Dapatan kajian analisis korelasi menunjukkan hubungan faktor rakan sebaya r=0.57 mempunyai hubungan yang paling kuat terhadap penghayatan nilai akhlak Islam dan diikuti oleh hubungan media massa r =0.49, hubungan pensyarah r=0.35 dan hubungan ibu bapa r=0.23. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa tahap penghayatan akhlak dipengaruhi oleh faktor persekitaran pelajar yang positif. Ini kerana penghayatan nilai yang diterapkan akan membentuk amalan seharian individu sekaligus menjadi benteng dalam masalah keruntuhan akhlak.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Selangor, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 61 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|