View Article |
Pelaporan kewangan menerusi internet: persepktif teori kontingensi
Mohd Noor Azli Ali Khan1, Noor Azizi Ismail2.
Penyelidikan terhadap pelaporan kewangan menerusi Internet (PKMI) merupakan satu bidang
yang amat penting untuk diselidiki. Hasil penelitian ulasan karya lepas menunjukkan bahawa
penyelidikan PKMI boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama: kajian satu negara, kajian
beberapa negara dan kajian peringkat antarabangsa. Secara metodologi pula, penyelidikan
PKMI boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan, iaitu: kajian deskriptif, kajian perbandingan
dan kajian penerokaan. Artikel ini cuba mengkaji berkemungkinan bahawa faktor kontingensi
boleh dilihat sebagai salah satu faktor penentu yang mempengaruhi praktis PKMI oleh
syarikat. Antara faktor kontingensi yang dijangka mempengaruhi praktis PKMI ialah risiko,
teknologi dan strategi pelaporan. Model kontingensi sistem pelaporan kewangan korporat
sepertimana diutarakan oleh Thomas (1991) digunakan sebagai asas untuk mencadangkan
kerangka kerja penyelidikan yang berkaitan PKMI. Justeru, selain karakter spesifik syarikat,
faktor kontingensi dilihat turut berupaya mempengaruhi praktis PKMI dan ini memerlukan
pembuktian secara empirikal.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 388 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|