View Article |
Nilai, sikap dan amalan pegawai kanan institut pengajian tinggi terhadap program pembangunan usahawan siswa
Ibrahim Mamat1, Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang2, Noorun Nashriah Binti Ramli3.
Sejak kebelakangan ini, pendidikan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi di seluruh dunia menjadi semakin popular. Di Malaysia, pendidikan keusahawanan menjadi penting dalam masa yang singkat kerana negara sedang menghadapi masalah penggangguran di kalangan graduat. Program pembangunan usahawan siswa (PPUS) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditaja oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Matlamat program ini ialah untuk memupuk minat perniagaan di kalangan pelajar dan seterusnya memilih kerjaya keusahawanan apabila mereka tamat pengajian nanti. Walaupun sudah ramai siswa dilatih, hanya 2.3 peratus graduat memilih kerjaya usahawan. Objektif kajian ini ialah untuk mengukur nilai, sikap dan amalan pegawai kanan IPT terhadap PPUS. Data dikumpul melalui satu set borang soal selidik. Soal selidik dihantar kepada responden melalui email. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data kualitatif dan Korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk mengkaji perkaitan antara pembolehubah. Seramai 35 orang pegawai kanan dari tujuh buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah menjadi responden kajian. Majoriti responden menyandang jawatan sebagai dekan dan mereka tidak ada pengalaman perniagaan. Responden mempunyai persepsi yang sederhana tinggi terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pegawai kanan tidak yakin bahawa bidang keusahawanan dapat menjamin masa depan pelajar. Sebaliknya, nilai responden terhadap PPUS berada di tahap yang tinggi manakala sikap dan amalan mereka dalam menyokong program keusahawanan berada di tahap sederhana tinggi sahaja. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan bagi menjayakan pendidikan keusahawan di peringkat universiti.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 442 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|