Mempraktik kemahiran bertutur dalam bahasa arab dan khidmat sosial melalui pembelajaran berasaskan projek
Nor Azhan Norul’Azmi1, Noor Shamshinar Zakaria2.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh penutur bahasa kedua terutamanya bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau asing di Malaysia ialah peluang untuk mempraktik bahasa tersebut di luar bilik darjah dan kuliah. Untuk mengatasi masalah tersebut, kajian ini telah dilakukan untuk mengenal pasti sejauhmana persepsi pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) terhadap keupayaan mereka berkomunikasi depan khalayak umum, mempraktik kemahiran bahasa di luar bilik kuliah dan melakukan khidmat sosial serta promosi institusi kepada khalayak secara tidak langsung melalui pembelajaran berasaskan projek. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis data temu bual bersama 10 orang peserta yang melaksanakan projek ini secara berkumpulan. Temu bual tersebut dilaksanakan selepas projek tamat dan data dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi yang diperoleh dan penglibatan pelajar melalui program bersama masyarakat di luar kampus. Dapatan kajian mendapati bahawa projek ini sesuai dilaksanakan menerusi pelbagai bentuk dan platform sama ada bersemuka atau digital. Peserta kajian yang terlibat juga dapat mempraktik kemahiran asas dan tatabahasa di luar bilik kuliah untuk pemerolehan bahasa, meningkatkan kemahiran interpersonal, menjalankan khidmat sosial serta dalam masa yang sama menjalankan promosi bagi pihak institusi.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43000 Kajang, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 55 time(s))