Pelaksanaan amalan pengajaran berasaskan kaedah perkongsian menerusi konteks pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran pendidikan islam
Mohd Syaubari Othman1, Mohd Ridhuan Mohd Jamil2.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan amalan pengajaran berasaskan perkongsian menerusi konteks pengintegrasian KBAT dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Kajian ini melibatkan guru-guru pendidikan Islam sekolah Kebangsaan di negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan, kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang di lihat dalam tiga prinsip amalan pengajaran iaitu kesediaan, amalan dan hasil untuk disesuaikan dengan kerangka konseptual kajian. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif menerusi instrumen soal selidik. Instrumen yang digunakan ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 350 orang guru pendidikan Islam dipilih secara rawak mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati pelaksanaan amalan pengajaran berasaskan perbincangan menerusi konteks kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.44). Bagi dapatan mengikut komponen yang terdiri daripada kesediaan mencatatkan min (4.46), amalan mencatatkan min (4.41) dan hasil mencatatkan min (4.41). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat dalam meningkatkan strategi pembelajaran berasaskan pendekatan perbincangan seiring dengan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 62 time(s))