View Article |
Hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem
Suriyani Yahya1, Fatahyah Yahya2, Aina Razlin Mohammad Roose3.
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara perkahwinan dengan self-esteem. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina, umur dan pangkat dengan self-esteem, mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan terhadap self-esteem. Soalselidik diedarkan kepada 219 anggota tentera di Markas 3 Briged Kem Penrissen Kuching, Sarawak. Ujian–t tidak bersandar dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis berkaitan perbezaan antara faktor demografi dengan self-esteem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan self-esteem dan pangkat dengan self-esteem. Hanya faktor demografi jantina yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan self-esteem. Pengkaji mendapati hubungan yang wujud antara perkahwinan dengan self-esteem adalah tidak linear, maka Pekali Spearman Rho telah digunakan untuk menguji hubungan di antara kedua-dua pembolehubah tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perkahwinan dengan self-esteem. Pekali Pearson Product-Moment
pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem. Hasil dari penganalisisan mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara aspek komunikasi dan kawalan dengan self-esteem.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
- Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 372 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|