View Article |
Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan
Che Hasniza Che Noh1.
Hubungan keluarga dalam kajian ini memberi tumpuan kepada aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga. Selain itu, kajian ini melihat kepentingan ciri anak dalam hubungan tersebut. Secara lebih khusus, kajian bertujuan mengkaji hubungan keluarga dari aspek gaya keibubapaan dan pola komunikasi keluarga dan juga hubungan ciri anak terhadap hubungan keluarga. Pemilihan sampel dijalankan dengan memilih pelajar di sekolah-sekolah di Terengganu dan seramai 435 pelajar
terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data berdasarkan kepada soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden. Pelajar menjawab empat bahagian soal selidik iaitu a) maklumat demografi, b) maklumat komunikasi keluarga, c) gaya keibubapaan dan d) maklumat personaliti. Sebanyak tiga alat kajian telah digunakan iaitu Revised Family Communication Pattern, Parental Authority Questionnaire, dan Eysenck Personality Questionnaire-Revised. Kaedah analisis korelasi dan regresi digunakan dalam kajian ini. Analisis korelasi menunjukkan personaliti ekstrovert mempunyai hubungan signifikan dengan gaya keibubapaan autoritatif dan juga kedua-dua orientasi komunikasi perbualan dan orientasi konformiti. Analisis regresi pula menunjukkan nilai pekali korelasi di antara gabungan pembolehubah personaliti dengan gaya keibubapaan menyumbang kepada peratusan varians yang berbeza kepada pola komunikasi keluarga orientasi perbualan dan orientasi konformiti.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 436 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|