View Article |
Analisis kesejahteraan hidup nelayan pesisir
Mohd Shaladdin Muda1, Wan Abdul Aziz bin Wan Mohd Amin2, Nik Wan bin Omar3.
Kajian ini menganalisis faktor-faktor penentu kepada kesejahteraan hidup para nelayan pesisir di daerah Kuala Terengganu. Isu mengenai kesejahteraan atau kualiti hidup nelayan menjadi sangat penting sekarang ini kerana rata-rata para nelayan pesisir termasuk dalam golongan rakyat yang miskin dan pembangunan golongan ini menjadi salah satu agenda terpenting kerajaan. Kajian ini menumpukan kepada empat aspek utama iaitu profil atau atribut nelayan, peranan kerajaan, peranan komuniti dan demografik. Aspek atribut nelayan yang merupakan penentu kepada kesejahteraan
hidup terdiri daripada pendapatan, perbelanjaan, simpanan, pemilikan rumah, tanah, kenderaan, kemudahan dan peralatan nelayan, kesihatan dan pendidikan. Peranan kerajaan yang juga merupakan komponen penentu kesejahteraan hidup nelayan dilihat dari aspek prasarana, kursus dan latihan, khidmat nasihat, pemasaran, penguatkuasaan, penyelidikan dan pembangunan nelayan. Manakala peranan komuniti dilihat dari segi keamanan dan keharmonian masyarakat, semangat kerjasama, masalah sosial dan kerja-kerja kebajikan yang diusahakan oleh masyarakat setempat. Peranan komuniti dianggap sebagai moderator kepada kesejahteraan hidup nelayan setempat. Responden kajian ini diambil secara rawak di beberapa buah kampung nelayan di sekitar Kuala
Terengganu. Ujian korelasi menunjukkan sebilangan besar faktor-faktor penentu mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesejahteran hidup nelayan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Darul Iman Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 405 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|