View Article |
"Air Tangan Ibu" dalam Budaya Makanan Melayu menurut Perspektif Islam Berdasarkan Cerpen-cerpen Melayu Pilihan
Kamariah Kamarudin1, Pabiyah Hajimaming@Toklubok2.
Dalam budaya Melayu, konsep "air tangan ibu" secara umumnya dikenali sebagai usaha mulia seorang yang bergelar wanita yang memiliki anak untuk menyediakan hidangan dalam masakan. Namun begitu, secara falsafahnya "air tangan ibu" bukan sekadar berbentuk hidangan dalam masakan bahkan sebenarnya merupakan aliran kasih sayang, kesungguhan, dan ketulusan hati seseorang ibu yang menyediakan makanan untuk anaknya. Maka, dengan hati itulah sebenarnya yang mengalirkan "air tangan ibu" yang menjadi obor kekuatan kepada seseorang anak untuk mengingati dan mengenangi jasa ibunya. Malahan, dalam konteks Islam, falsafah "air tangan" ini juga dapat disejajarkan dengan dorongan Rasulullah SAW agar setiap manusia di muka bumi ini memperelok kerja seharian. Oleh itu, kajian ini meneliti cerpen Melayu pilihan yang memperlihatkan kreativiti pengarang mengutarakan "air tangan ibu" menerusi menu yang disajikan dalam karya masing-masing. Kajian akan merungkai konsep "air tangan ibu" sebagai tunjang pendidikan, sebagai pemberi peringatan dan sebagai pembentuk akhlak berdasarkan cerpen Kerana "Kuih Koci" (Fathul Khair Mohd Dahlan), "Bihun Goreng Berkuah Laksa" (Nordin Saad) dan "Serondeng Nasi Pulut" (Jamilah Epin). Berdasarkan kajian, jelas menunjukkan bahawa konsep "air tangan ibu" dalam budaya Melayu menyerlahkan keupayaan pengarang mengutarakan kreativiti makanan Melayu dalam cerpen-cerpen masing-masing, yang akhirnya memberikan makna dalam kehidupan manusia sejagat.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 214 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|