View Article |
Pendedahan maklumat kewangan menerusi internet: praktis dan hubungannya dengan penentu syarikat
Mohd Noor Azli Ali Khan1, Chio, Li Fen2, Tan Wan Teng3.
Kajian ini membincangkan amalan pelaporan penyata kewangan menerusi internet dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Objektif utama kajian untuk melihat sama ada wujud hubungan di antara pendedahan maklumat kewangan menerusi internet dengan penentu syarikat. Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia sehingga berakhir pada 31 Disember 2003. Hasil kajian mendapati sebanyak 357 buah (65.9%) syarikat mempunyai laman Web dengan 259 buah (72.5%) syarikat mendedahkan maklumat kewangan sekaligus menunjukkan bahawa terdapat peningkatan bilangan syarikat yang
mendedahkan maklumat kewangan menerusi Internet di Malaysia. Seterusnya, melalui ujian statistik yang dilakukan menunjukkan bahawa saiz syarikat, keuntungan syarikat dan jenis industri adalah antara penentu yang mempunyai hubungan yang positif dengan amalan pendedahan maklumat kewangan menerusi internet bagi syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 357 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|