View Article |
Anatomi dan mikromorfologi tetrastigma rafflesiae (Vitaceae)
Syamsurina Arshad1, Mohd Afiq Aizat Juhari2, Noraini Talip3, Nor Azilah Abdul Wahab4, Jumaat Adam5.
Kajian anatomi dan mikromorfologi telah dilakukan ke atas Tetrastigma rafflesiae (Miq.) Planchon, perumah kepada bunga pakma di Perak, Pahang dan Kelantan. Penglibatan kajian ini merangkumi anatomi keseluruhan tumbuhan ini, iaitu bahagian daun, batang, sulur paut dan akar kerana kajian anatomi masih dangkal di Malaysia amnya dan dunia khasnya. Sampel tumbuhan ini diperoleh dari Sungai Bongor, Grik, Perak, Sungai Yol, Raub, Pahang dan Lojing, Kelantan. Teknik piawai dalam anatomi tumbuhan digunakan dan ini melibatkan penggunaan mikroskop cahaya dan mikroskrop imbasan elektron (SEM). Hasil kajian anatomi menunjukkan T. rafflesiae mempunyai corak bekas vaskular dengan sistem tertutup pada petiol, tulang daun, batang dan akar; hablur didapati hadir pada petiol, tulang daun, lamina, peruratan, batang dan akar dan dinding antiklin abaksial dan adaksial adalah daripada lurus ke melengkung. Hasil mikromorfologi memperlihatkan spesies ini mempunyai stomata homostomatik dan hipostomatik daripada jenis diasitik. Lilin epikutikel berbentuk lembaran dan lapisan filem pada bahagian adaksial manakala berbentuk granul, lapisan filem dan lembaran pada bahagian abaksial. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai perintis kepada kajian anatomi spesies Tetrastigma yang lain.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|