Akal budi dalam naratif lisan penduduk Kota Bharu, Kelantan: satu penelitan kemasyarakatan
Tuan Adnan, T.S.N.S1, Che Yaacob, M.F2.
Naratif lisan digambarkan sebagai pendidikan awal pada peringkat kanak-kanak yang memberi pengajaran mengenai adat resam, kebudayaan dan pantang-larang masyarakat Melayu serta memiliki akal budi sebagai gambaran pemikiran yang waras diperlihatkan melalui tingkah laku oleh seseorang individu. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis akal budi yang terkandung dalam naratif lisan di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini mengariskan satu pendekatan dalam teori pengkaedahan Melayu, iaitu pendekatan kemasyarakatan sebagai deduktif kajian. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kepustakaan dan lapangan bagi mendapatkan maklumat yang sahih. Pengkaji menjalankan proses temu bual dengan responden bagi mendapatkan cerita rakyat di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa terkandung elemen akal budi dalam naratif lisan, iaitu rasional, berani kerana benar, daya usaha dan ikhlas yang menjadi lambang keperibadian masyarakat setempat yang masih wujud dan dipraktikkan sehingga pada hari ini.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 37 time(s))