Quizizz sebagai e-penilaian norma baharu terhadap penutur antarabangsa dalam kursus bahasa Melayu
Mohamad, A.M1.
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi kuiz berasaskan permainan Quizizz sebagai medium E-Penilaian semasa pendidikan norma baharu melalui perbandingan masa menyiapkan kuiz dan skor kuiz antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan untuk kursus Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing. Kajian Kuasi-Eksperimen ini melibatkan 110 orang pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus Bahasa Melayu yang sama. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif serta Ujian T Dua Sampel Bebas untuk perbandingan skor masa dan skor ujian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis perbandingan skor tempoh masa antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan mencatatkan perbezaan yang signifikan, iaitu dengan nilai p=0.000. Analisis perbandingan skor markah kuiz antara kumpuan rawatan dan kumpulan kawalan gagal menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ciri ‘real-time’ menyebabkan pelajar berupaya untuk lebih fokus dan berdisplin ketika menyelesaikan E-Penilaian, berbanding kaedah konvensional. Situasi ini secara tidak langsung berupaya mewujudkan budaya penilaian jarak jauh yang lebih telus dan bebas penipuan dengan berbantukan medium seperti Quizizz.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 58 time(s))