View Article |
Pemahaman Bacaan Ibadah Solat di Kalangan Masyarakat Melayu Islam Nusantara: Cadangan Modul
Saupi Man1.
Kesedaran masyarakat Melayu Islam dalam beribadah amat meningkat hari ini. Pendidikan di masjid untuk orang awam di bandar mahupun di kampung dan desa bertambah maju dan meluas, mengcakupi semua bidang seperti ‘aqidah, fiqh, akhlak dan sebagainya. Namun di dalam mempelajari ilmu-ilmu asas ini,masyarakat Melayu Islam masih lagi terikat dengan budaya betulkan bacaan sahaja, di mana mereka menekankan aspek membaca, melaksana (fi’li) dan
menjaga adat-adat, tanpa memberi tumpuan yang maksimum kepada soal kefahaman dan nilai-nilai diri dari ibadah tersebut. Bacaan ibadah-ibadah seperti bacaan solat, doa dan lain-lain amat dituntut bagi menghayati maksudnya kerana ia adalah antara ‘ibadah wajib dalam Islam. Memahami bacaan ini merupakan factor penting dalam mendapatkan nilai khusyu’dalam ber’ibadah. Maka tulisan ini akan memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk ibadah yang menjadi budaya masyarakat melayu Islam yang menuntut perubahan yang lebih baik dan kesan positive kepada kehidupan individu,keluarga. masyarakat dalam sesebuah Negara. Penulis mengambil method kajian lapangan bagi menilai keperluan masyarakat serta bentuk modul yang perlu diserapkan kepada mereka dalam memahami ibadah harian yang dijalankan, Kajian menunjukan bahawa mereka amat teruja dengan modul yang dicadangkan dan hasil ujian pelaksanaan sample amat memberi kesan kepada pemahaman bacaan ‘ibadah serta dapat mencapai nilai khusyu’ dalam menunaikan ibadah.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 50 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|