VUCA dan PESTEL menangani isu dalam pengurusan latihan dalam perkhidmatan
Mas Norbany Abu Samah1, Yuslaini Yunus2, Rasid Chik3.
Sebuah organisasi sentiasa berada dalam lingkungan yang dinamik dan sering menuntut perubahan agar sejajar dengan Revolusi Industri 4.0. Konsep VUCA yang diperkenalkan merangkumi Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Organisasi perlu mengutamakan fleksibiliti, adaptasi dan penekanan terhadap produktiviti sebagai strategi dalam menghadapi VUCA. Reka bentuk VUCA dalam pengurusan organisasi ialah organisasi pembelajaran yang merangkumi elemen kognitif, afektif dan emosi. Kajian ini menggunakan data latihan dalam perkhidmatan dan mencadangkan penyelesaian isu yang dihadapi di IPG Kampus Dato’ Razali menggunakan VUCA dan PESTEL. PESTLE merupakan satu kerangka analisis yang digunakan untuk mengenal pasti pelbagai faktor seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi dan faktor persekitaran yang dapat memberi kesan kepada organisasi. Pemimpin organisasi tersebut perlu mengenal pasti risiko-risiko yang akan dihadapi dan menggunakan semua faktor dan pengetahuan ini untuk membuat keputusan bagi peningkatan prestasi organisasi. Dapatan kajian mendapati isu yang dihadapi dalam organisasi diselesaikan secara optimum dan berupaya mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan. Kecemerlangan organisasi dapat ditingkatkan menerusi aplikasi VUCA dan PESTEL serta kakitangan organisasi berupaya untuk mendepani masa depan.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- IPG Kampus Kota Bharu, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 65 time(s))