Penerapan nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran: kefahaman dan cabaran yang dihadapi guru Sejarah
Nurhijrah Zakaria1, Hamidi Salleh2, Sheffudin Muhammad3.
Penerapan nilai patriotisme di sekolah merupakan satu perkara penting bagi melahirkan generasi muda yang cinta kepada negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan meneroka kaedah yang digunakan oleh guru Sejarah dalam menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian kes ini telah dbuat terhadap tiga orang guru Sejarah yang berpengalaman di sekolah rendah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Pengumpulan data dibuat melalui kaedah temu bual bersemuka dan juga secara dalam talian yang menggunakan protokol temu bual separa berstruktur dan senarai semak. Data dianalisis menggunakan pendekatan bertema dan proses triangulasi dibuat bagi tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan data kajian. Guru memahami konsep penerapan tetapi kurang jelas kaedah untuk penerapan nilai yang berkesan. Cabaran yang dihadapi oleh guru sejarah dalam menerapkan nilai patriotisme ialah kekangan masa, kemahiran guru, fokus guru dan pengaruh persekitaran. Kajian ini memberi implikasi kepada penambahbaikan dalam amalan pengajaran penerapan nilai patriostisme dalam kalangan guru Sejarah di sekolah rendah. Kaedah penerapan nilai yang berkesan perlu diamalkan dan dicuba oleh guru-guru bagi membentuk jiwa patriotik murid.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 53 time(s))