Tahap keyakinan diri atlet novis memanah dalam merealisasikan program ’For Sure Medal’ SUKMA XIX , Perak 2018
Ahmad Jalani Halus1, Tengku Noor Kasmelia Tengku Ibrahim2.
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap keyakinan diri atlet novis sukan memanah SUKMA XIX 2018, negeri Terengganu di kejohanan Pra SUKMA XIX 2018.Kajian ini juga ingin mengetahui mampukah atlet novis merialisasikan program “For Sure Medal” di SUKMA XIX 2018. Responden terdiri daripada 8 lelaki dan 8 perempuan (n=16) berumur antara 15 hingga 18 tahun. Instrumen soal selidik Revised Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2R) yang dibentuk oleh Cox et al., (2003) digunakan untuk mengukur tahap keyakinan pra-pertandingan dalam sukan. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara atlet lelaki dan wanita pada tahap keyakinan dengan nilai signifikan .490 (F=.494, (r=.490, p >0.005). Pada keseluruhannya tahap keyakinan diri atlet dapat dirumuskan seorang (6.25 %) mempunyai keyakinan yang rendah, sederhana 6 orang atlet (37.5 %) dan seramai 9 orang (56.25 %) atlet mempunyai tahap keyakinan tinggi untuk menghadapi pertandingan. Keputusan pencapaian pingat pasukan memanah SUKMA XIX 2018 Terengganu melibatkan 12 daripada 16 orang atlet (75 %) menyumbang pingat di kejohanan ini. Atlet novis pula seramai 9 orang (75 %) daripada jumlah keseluruhan atlet berjaya menyumbang pingat.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 74 time(s))