Pengajaran dan pembelajaran Masteri dalam topik Islam cara hidupku bagi murid tahun 1
Pauzi Yusoff1, Hassan Helmin Yaacob2.
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memastikan setiap murid mampu menguasai standard kandungan dengan baik dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke topik pembelajaran yang baharu. Namun, didapati tidak semua murid di Tahun 1 berpeluang untuk menguasasi topik pembelajaran dengan baik disebabkan guru ingin menghabiskan silibus dengan cepat. Perhatian yang secukup perlu diberikan oleh guru lebih-lebih lagi apabila melibatkan topik-topik berkaitan akidah. Topik akidah di Tahun 1 iaitu Islam Cara Hidupku merupakan intipati penting yang terkandung di dalamnya asas-asas Islam seperti Rukun Islam. Kegagalan dalam menguasai topik tersebut akan menyebabkan murid tidak mampu untuk mengaplikasi kemahiran yang terkandung dalam standard kandungan tersebut. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk membina satu konsep pembelajaran Masteri yang berkesan sebagai panduan kepada guru pendidikan Islam yang mengajar topik Islam Cara Hidupku. Metodologi yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data yang dianalisis dari buku teks Pendidikan Islam Tahun 1, Buku Aktiviti dan DSKP sebagai sumber primer. Proses menganalisis data menggunakan metode analisis kandungan terhadap penafsiran dalam kandungan teks tersebut sebagaimana yang terangkum dalam Model Pembelajaran Masteri. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan untuk membantu para guru yang mengajar topik tersebut menggunakan kaedah Pembelajaran Masteri.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 150 time(s))