Gaya pembelajaran Selmes dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Salleh Said1, Rahimah Embong2.
Gaya pembelajaran merupakan kepelbagaian pendekatan pembelajaran yang merangkumi kaedah pendidikan bagi membolehkan individu untuk belajar dengan lebih baik. Namun dalam konteks tempoh perintah kawalan pergerakan semasa dunia dilanda ancaman Covid19, gaya pembelajaran pelajar juga turut terjejas. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap Gaya Pembelajaran Selmes dalam kalangan pelajar Pendidikan Seni Visual Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Ambilan Jun 2019. Pelaksanaan kajian ini adalah secara tinjauan yang melibatkan proses pengumpulan dan analisis data secara kuantitatif. Seramai 50 orang pelajar PSV PPISMP Ambilan Jun 2019 menjawab soal selidik yang diedarkan secara online. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan pembelajaran pelajar yang dikaji bagi Gaya Pembelajaran Selmes secara mendalam adalah paling tinggi dengan nilai min 7.99. Seterusnya diikuti oleh gaya pembelajaran permukaan (7.96), gaya pembelajaran terancang (7.78) dan gaya pembelajaran gigih usaha (7.27). Rumusan bagi kajian ini adalah menunjukkan pelajar PSV PPISMP IPGKDRI mempunyai tahap amalan gaya pembelajaran Selmes yang tinggi walaupun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Diharapkan kajian ini boleh membantu pelajar memperkasakan lagi kecemerlangan pencapaian mereka dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 69 time(s))