Sumbangan Dato’ Razali Ismail dalam pendidikan negara Malaysia
Siti Rahimah Hamat @ Mamat1.
Pengkajian ini mengkaji sumbangan tokoh pendidik, Dato’ Razali Ismail dalam bidang pendidikan dan pemikiran kreatif di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi yang utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan latar belakang tokoh, sumbangannya dalam pendidikan di Malaysia. Selain daripada itu kajian ini turut mengenalpasti sumbangan beliau dalam kesenian terutama teater di negeri Terengganu. Hasil kajian mendapati bahawa Dato’ Razali Ismail merupakan arkitek pendidikan negara malahan turut memartabatkan pendidikan walau di kawasan pedalaman, memberi peluang kepada semua anak-anak bangsa yang ingin belajar. Beliau juga seorang pendidik yang menjadikan kesenian teater sebagai elemen dalam pendidikan untuk menarik lebih ramai pelajar berminat dalam pendidikan. Himpunan pemikiran kreatif beliau diluahkan melalui pengalaman sebagai pendidik. Kertas kerja ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang ketokohan Dato’ Razali Ismail di samping dapat memberi gambaran tentang kewibawaan dan kredibiliti peribadi seseorang tokoh terdahulu yang boleh dijadikan teladan dan iktibar.
Affiliation:
- IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 178 time(s))