View Article |
Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Mokhtar Jaafar1, Abdul Halim Yusof2, Asiah Yahaya3.
Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cerun bermasalah terlibat dalam kajian ini. Skala ROM digunakan sebagai asas dalam menentukan tahap kebolehruntuhan tanah cerun bermasalah di kampus UKM, Bangi. Hasil kajian menunjukkan empat (P3, P6, P8 dan P9) lokasi cerun mempunyai tahap kebolehruntuhan tanah yang Kritikal, tiga (P4, P6 dan P7) dikategorikan sebagai Tinggi, tiga lagi Sederhana (P2, P5 dan P12) dan dua (P1 dan P11) sebagai Rendah. Komposisi tekstur tanih yang didominasi oleh pasir dan kelodak didapati sangat mempengaruhi tahap Sebolehruntuhan tanah di setiap lokasi persampelan. Sehubungan itu, beberapa cerun bermasalah di sekitar kawasan kampus yang belum dimitigasi perlu dipulihkan segera bagi mengelak kemungkinan kejadian runtuhan tanah berskala besar daripada berlaku pada masa hadapan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 548 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|