Hak kanak-kanak dalam institusi tahanan menurut instrumen antarabangsa dan perundangan Malaysia.
Awal, M.N.A1, Samuri, M.A.A2, Sham, M.F3, Zainol, N,I4.
Hak asasi kanak-kanak yang ditahan di institusi tahanan hendaklah
dijamin dan dipenuhi tanpa diskiriminasi. Institusi tahanan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menjalani perintah tetapi ia
seharusnya berfungsi sebagai medium pemulihan bagi kanakkanak yang berkonflik dengan undang-undang. Walaupun kanakkanak tersebut telah dilucutkan hak kebebasannya atas pelanggaran
undang-undang, mereka tidak seharusnya dinafikan hak-hak asasi
manusia yang diperuntukkan dalam instrumen-instrumen hak asasi
antarabangsa. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis hak
kanak-kanak dalam institusi tahanan yang dijamin dalam instrumen
antarabangsa dan peruntukan undang-undang di Malaysia. Kajian ini
mendapati masih wujud kelompongan peruntukan undang-undang
mengenai hak kanak-kanak dalam institusi tahanan yang mungkin
boleh membawa kepada pengabaian hak-hak tersebut. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisa dokumen
berbentuk instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan hak kanak
kanak di institusi tahanan serta pemakaiannya di Malaysia. Dapatan
kajian ini penting bagi memberi panduan kepada pembuat dasar dan
penggubal undang-undang Malaysia bagi membuat pembaharuan
undang-undang yang menjamin hak kanak-kanak di institusi tahanan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))