Pelaksanaan istibdāl bagi tanah-tanah wakaf di Malaysia: Kajian perbandingan antara hukum syarak dengan perundangan sivil
Mohamad, R1, Yusoff, Z.M2, Nordin, N3.
Istibdāl mempunyai peranan penting terhadap tanah-tanah wakaf
yang tidak produktif. Walau bagaimanapun, pelaksanaan istibdāl
turut menjadi perhatian dari beberapa aspek. Kajian sebelum ini
mengenai istibdāl adalah menjurus kepada aspek tertentu dan masih
banyak ruangan untuk kajian lanjutannya. Sehubungan itu, kajian ini akan memfokuskan tiga objektif utama: Pertama, pemerhatian dari
sudut hukum syarak; kedua, amalan pelaksanaan pada peringkat
Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN); dan ketiga, kajian dari
sudut perbandingan dengan perundangan sivil. Kajian ini dijalankan
melalui kaedah kajian kualitatif dan pendekatan kajian pula
menggunakan reka bentuk penerokaan terhadap dokumen-dokumen
yang berkaitan. Selain kajian perpustakaan yang dilaksanakan, kajian
ini juga melibatkan kajian lapangan iaitu melalui temubual dengan
beberapa pegawai wakaf daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri
(MAIN). Analisis kajian dilakukan secara kajian dokumen dengan
melibatkan teknik analisis induktif, deduktif dan komparatif. Dapatan
kajian yang pertama menunjukkan bahawa menurut keempat-empat
mazhab, pelaksanaan istibdāl dibolehkan sekiranya tanah wakaf
adalah dalam keadaan darurat. Selain itu, mazhab Hanafi turut
membenarkan istibdāl jika harta yang diganti mempunyai elemen
maslahat. Dapatan kajian yang kedua pula mendapati bahawa 37.5
peratus daripada pihak MAIN melaksanakan istibdāl secara jualan
tanah, 37.5 peratus pula tidak melaksanakan dan 25 peratus lagi tidak
menggalakkan. Manakala, dapatan kajian yang ketiga merungkaikan
bahawa kedudukan istibdāl adalah tidak selari dengan perundangan
sivil iaitu Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Akta 486) Seksyen
3 (1) dan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Seksyen 115 (4)
(a). Rumusannya, hasil kajian ini telah mencadangkan beberapa
penyelesaian bagi memastikan pelaksanaan istibdāl dilaksanakan
dengan lebih efisien di negara ini.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 56 time(s))