Kriteria pemilihan saksi pakar forensik di mahkamah
Ismail, N1, Mohamad, A,B2, Mohamad Tajuddin, U.R.A3.
Peruntukan berkaitan keterangan saksi pakar forensik telah lama
digunakan di mahkamah berdasarkan peruntukan keterangan
pakar. Walau bagaimanapun, terdapat pertikaian dari sudut kriteria
penerimaan keterangan saksi pakar forensik. Oleh itu, timbul persoalan
berkaitan kriteria pemilihan saksi pakar forensik yang boleh dipanggil
untuk memberikan keterangan di mahkamah. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenalpasti kriteria pemilihan saksi pakar forensik
di mahkamah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang
mengumpulkan bahan kajian lepas dan temu bual separa berstruktur.
Data kajian dianalisis menggunakan kaedah tematik dan deskriptif.
Hasil kajian mendapati bahawa tiada penetapan kriteria khusus dalam pemilihan saksi pakar forensik untuk memberikan keterangan di
mahkamah. Namun, terdapat beberapa cadangan kriteria yang perlu
ada sebelum seseorang pakar forensik diterima sebagai saksi pakar
di mahkamah. Kajian ini memberikan implikasi kepada pengamal
undang-undang dalam memilih saksi pakar yang boleh dipanggil
ke mahkamah dan kepada pakar forensik yang akan memberikan
keterangan di mahkamah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 76 time(s))