View Article |
Hak menjalankan perniagaan dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia
Yaacob, N1, Naiimi, N2, Kasim, M3.
Perniagaan francais melibatkan pemberian hak oleh francaisor
kepada francaisi untuk menduplikasi keseluruhan sistem perniagaan
francaisor dengan bayaran yuran tertentu. Risiko untuk gagal
dalam perniagaan adalah rendah memandangkan perniagaan
ini sudah terbukti berjaya dan sentiasa dipantau oleh francaisor.
Memandangkan francaisi menduplikasi sistem perniagaan francaisor,
francaisor mestilah memberikan hak kepada francaisi untuk
menjalankan perniagaan termasuk penggunaan harta inteleknya.
Francaisor juga berhak mengawal perniagaan bagi menjaga kualiti dan keseragaman produk atau perkhidmatan. Namun, sejauhmanakah
kedua-dua hak ini dilaksanakan? Oleh itu, objektif artikel ini ialah
untuk membincangkan tentang hak untuk menjalankan perniagaan
dan kawalan dalam perniagaan francais di Malaysia disamping
membuat sedikit perbincangan dari sudut pandangan Islam. Kajian ini
merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan kajian undangundang yang disokong oleh temubual dengan menggunakan data
primer dan data sekunder. Data primer diperoleh melalui dokumen
perundangan iaitu akta, kes dan juga melalui temubual manakala data
sekunder diperolehi melalui buku dan jurnal daripada Perpustakaan
Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Data primer daripada
dokumen undang-undang dan data sekunder dianalisis menggunakan
kaedah analitikal dan kritikal manakala data primer daripada temubual
dianalisis menggunakan kaedah tematik. Kajian ini dapat memberi
manfaat sebagai sumber rujukan kepada Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Persatuan Francais
Malaysia, francaisor, francaisi, peguam, tenaga akademik dan juga
pelajar undang-undang secara amnya. Dapatan kajian daripada
analisis ke atas dokumen perundangan menunjukkan kedua-dua hak
ini dinyatakan dengan jelas di dalam Akta Francais 1998. Malah
ia merupakan komponen utama dalam definisi francais di bawah
seksyen 4. Dapatan daripada temubual dengan kesemua informan
yang terdiri daripada francaisor menunjukkan mereka mematuhi
kehendak berkenaan pemberian hak menjalankan perniagaan termasuk
penggunaan harta intelek dan juga elemen kawalan ke atas perniagaan
francais oleh francaisor. Secara tidak langsung, mereka mematuhi
kehendak di bawah Akta Francais 1998. Sebagai kesimpulannya,
hak untuk menjalankan perniagaan dan kawalan mesti dimasukkan
di dalam perjanjian bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak yang
berkontrak.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 72 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.2) |
Rank |
Q4 (Law) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
SJR (0.164) |
|
|
|