View Article |
Budaya Berhibur Menerusi Aplikasi Smule Dalam Karya Arca Instalasi
Omar, A1, Bakar, S. A. S. A2, Muhammad, M. H3.
Projek penyelidikan ini merupakan interpretasi semula fenomena masyarakat tentang budaya
berhibur menerusi aplikasi hiburan tentang tingkah laku dan obsesi terhadap hiburan atas talian
di media sosial menerusi fabrikasi karya arca instalasi. Penerokaan idea terhadap aspek hiburan
digital diinspirasikan dari karya rujukan iaitu Scott Snibbe. Rujukan menitikberatkan aspek
amalan hiburan masyarakat pengguna menerusi interaksi dan perkongsian sosial menerusi
media digital. Kaedah penyelidikan praktik studio digunakan menerusi pendekatan refleksi
kendiri secara kritikal, eksperimentasi studio dan ulasan kontekstual menerusi sesi kritik.
Projek penyelidikan ini memberi sumbangan dalam bidang Seni Halus melahirkan himpunan
koleksi simbolik visual dan perkaitan isu-isu kolektif budaya berhibur dalam konteks gaya
hidup popular masyarakat digital masa kini. Projek penyelidikan ini memberi impak dalam
penjanaan pemahaman terhadap trend dan amalan hiburan digital yang begitu digemari yang
bersifat variasi, sentiasa berubah-ubah dan membentuk budaya popular menerusi semangat dan
tingkah laku, keinginan dan kepuasan serta ekspresi masyarakat pengguna.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|