View Article |
Pengetahuan pelajar dan program kitar semula di sekolah menengah Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah
Chong, Oi Min1, Mohammad Tahir Mapa2.
Pada masa ini, penjanaan komposisi sisa pepejal di negara kita semakin bertambah seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Keadaan ini menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan di sekolah juga meningkat. Pengetahuan dan program kitar semula perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar berhubung dengan pengetahuan, penglibatan dan kesedaran terhadap program kitar semula. Kajian secara tinjauan dengan menggunakan Google Form digunakan untuk mengutip data. Selain itu, kaedah kualitatif juga digunakan untuk memerhati tabiat pelajar dalam amalan kitar semula. Seramai 320 pelajar tingkatan empat dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Statistik deskriptif dengan peratusan digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, penglibatan dan kesedaran pelajar dalam analisis ini. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan dan menyedari kepentingan program kitar semula tetapi tidak mempratikkan amalannya. Justeru, pihak sekolah harus bekerjasama dengan pihak luar untuk melaksanakan pelbagai program kitar semula agar mampu menyedarkan dan melibatkan diri pelajar. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat mengubah amalan, menarik perhatian dan minat pelajar. Sekaligus dapat mengurus sisa pepejal sekolah dengan lebih berkesan dan mendidik pelajar menjaga kebersihan alam sekitar.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 53 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|