Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pembelajaran Atas Talian Berdasarkan Tahap Kepuasan dan Halangan Yang Dihadapi
Tenh Ching Ling1, Shahlan Surat2.
Pembelajaran atas talian telah menjadi satu pendekatan pembelajaran yang rutin kepada semua warga pendidikan seluruh dunia pada masa kini. Disebabkan pandemik Covid-19 yang telah melanda sejak tahun 2020, pihak kementerian pendidikan telah mengambil keputusan untuk menukar cara pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran walaupun tidak boleh hadir ke sekolah. Namun begitu, sesuatu perkara semestinya ada kebaikan dan keburukannya. Justeru itu, artikel ini membincangkan persepsi ibu bapa terhadap pembelajaran atas talian berdasarkan tahap kepuasan dan halangan yang dihadapi oleh ibu bapa. Kajian ini berfokuskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan terlibat secara langsung sepanjang pembelajaran atas talian ini dijalankan. Kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik atas talian iaitu Google Form untuk mengumpul data daripada ibu bapa. Terdapat tiga bahagian dalam soal selidik ini, antaranya ialah maklumat demografi, tahap kepuasan dan halangan. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap pembelajaran atas talian. Namun terdapat juga beberapa halangan yang dihadapi telah menyukarkan proses pembelajaran atas talian. Kesimpulannya, dapatan hasil kajian telah menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran atas talian berdasarkan peratusan tahap kepuasan yang dianalisis
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))