Penerapan Elemen Nilai Murni dan Etika dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Siti Khadijah Mohd Kamal1, Mohd. Isa Hamzah2.
Nilai murni dan etika merupakan salah satu elemen yang perlu diterap dalam sesi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bagi mendepani cabaran abad ke-21. Masalah keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang melibatkan pelajar muslim sering dikaitkan dengan keberkesanan dan peranan guru Pendidikan Islam (GPI). Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat perspektif guru Pendidikan Islam dalam penerapan elemen nilai murni dan etika dalam pembelajaran abad ke-21 (Pak21). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual bersama empat orang GPI bagi menghasilkan dapatan kajian. Hasil temu bual mendapati kesemua GPI berpendapat penerapan elemen nilai murni dan etika sangat penting untuk diterapkan kepada pelajar dan menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan yang bersesuai dengan Pak21 dalam menerapakan elemen nilai murni dan etika kepada pelajar. Hasil kajian juga mengenal pasti beberapa cabaran yang dihadapi oleh GPI dalam melaksanakannya. Hasil kajian ini diharap dapat membantu para pengajar menilai dan meningkatkan tahap pelaksanaan penerapan elemen nilai murni dan etika disamping memberi input kepada masyarakat akan cabaran yang dihadapi para GPI dalam membentuk sahsiah pelajar.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600 Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600 Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))