Perspektif Guru Terhadap Penglibatan Murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran Secara Atas Talian Semasa Pandemik Covid-19 di Malaysia
Nor Asmah Abdullah1, Muhammad Syawal Amran2.
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Ketidakstabilan kadar jangkitan wabak Covid-19 telah menyebabkan perubahan dalam pendidikan berlaku secara berkala mengikut keadaan semasa. Turut terkesan adalah sektor pendidikan dimana guru dan murid perlu mengadaptasi rutin baharu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Keadaan ini memerlukan proses penyesuaian diri yang baik sama ada dalam kalangan pendidik mahupun murid. Tujuan kertas konsep ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi, tahap komitmen dan tahap penggunaan teknologi murid semasa pembelajaran dan pengajaran atas talian semasa pandemik COVID 19 dari perspektif guru. Kajian tinjauan berbentuk diskriptif menggunakan pendekatan kuatitatif agar dapat membantu memberikan input kepada guru, pihak pengurusan, murid dan ibu bapa agar dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dengan baik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))