Tinjauan Literatur Bersistematik – Implikasi Strategi Daya Tindak dalam Burnout, Tekanan Kerja, dan Efikasi Kendiri dalam Kalangan Guru
Vivian Lee Sue Yen1, Shahlan Surat2.
Profesion perguruan merupakan salah satu kerjaya yang amat mencabar dan membebankan. Masalah tekanan dalam kerja telah menyebabkan fenomena burnout kerap berlaku dalam kalangan guru. Sekiranya masalah tekanan dan burnout tidak ditangani dengan baik, maka ia akan menjejaskan efikasi kendiri guru tersebut. Oleh itu, penggunaan daya tindak yang baik merupakan elemen yang penting dan perlu ditekankan oleh para guru untuk mengendalikan masalah tekanan kerja. Kajian ini mengguna pakai kaedah kajian berupa Tinjauan Literatur Bersistematik yang bertujuan untuk mengenalpasti implikasi strategi daya tindak bagi menghadapi masalah burnout, tekanan kerja dan kaitannya dengan efikasi kendiri seorang guru. 15 artikel dari luar negara telah dipilih melalui prosedur PRISMA. Berdasarkan dapatan kajian tinjauan literatur bersistematik yang telah dijalankan, dirumuskan bahawa strategi daya tindak memainkan peranan penting bagi menghadapi masalah tekanan pekerjaan. Oleh itu, strategi daya tindak yang positif sangat diperlukan bukan sahaja bagi menangani risiko burnout dan tekanan kerja dengan lebih baik bahkan juga dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri guru tersebut. Sebaliknya, penggunaan strategi daya tindak yang negatif pula akan meningkatkan risiko burnout dan tekanan kerja serta mengurangkan lagi efikasi kendiri para guru. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran para pendidik dalam pemilihan strategi daya tindak yang berkesan bagi menangani masalah burnout semasa bekerja.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))