Faktor Kejayaan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Pandemik Covid-19 : Tinjuan Kepada Guru Pendidikan Khas di Selangor
Ainul Basirah Mokhtar1, Manisah Mohd Ali2.
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada masa kini telah mengubah situasi semasa terutamanya dalam sektor pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Keadaan ini memerlukan proses penyesuaian di antara guru serta murid. Kejayaan PdP dalam talian akan tercapai apabila semua pihak dapat memberikan komitmen. Kajian tinjauan berbentuk deskriptif menggunakan pendekatan kuatitatif telah dijalankan untuk melihat faktor kejayaan PdP secara dalam talian. Seramai 322 responden guru pendidikan khas yang berkhidmat di negeri Selangor telah dipilih secara rawak mudah. Borang soal selidik dalam talian telah digunakan sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan nilai min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian mendapati faktor kejayaan guru pendidikan khas melaksanakan PdP semasa pandemik adalah tinggi. Walau bagaimanapun pengetahuan teknologi maklumat di kalangan guru pendidikan khas masih berada pada tahap sederhana terutamanya aplikasi yang berkaitan dalam PdP. Kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru bagi menambah baik usaha melahirkan guru pendidikan khas yang berkemahiran tinggi serta berpengetahuan dalam PdP
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))