Naratif abadi dalam pengajian dan pendidikan bahasa
Awang Sariyan1, Abdul Rasid Jamian2.
Menurut kerangka epistemologi atau teori ilmu alam Melayu yang berdasarkan epistemologi Islam, linguistik atau pengajian bahasa tergolong dalam disiplin ilmu yang berkaitan dengan kategori ilmu tanzil (revealed knowledge). Hal ini bukan semata-mata berkaitan dengan kategori ilmu yang dicari (acquired knowledge), sebagaimana yang lazimnya ditanggap oleh kebanyakan ilmuwan linguistik. Hakikat itulah yang dikupas dalam makalah ini. Antara yang dikupas termasuklah persoalan asal usul bahasa, tujuan mengkaji dan menguasai bahasa, peranan bahasa, dan realisasi perancangan bahasa serta pendidikan bahasa. Dalam usaha menelusuri persoalan yang tercakup dalam bidang falsafah bahasa, dilakukan perbandingan antara epistemologi Islam dengan epistemologi Barat untuk menunjukkan persamaan dan perbezaan dalam rangka menanggap linguistik sebagai satu bentuk naratif abadi. Bidang terapan yang secara langsung terkait ialah bidang pendidikan bahasa, yang dikupas sebagai realisasi hakikat linguistik sebagai naratif abadi. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan sosialisasi, pelestarian budaya teras dan warisan, serta dinamisme dan kelenturan budaya turut dihurai peranan dan sumbangan bahasa dan pendidikan bahasa dalam kehidupan insan dan pembinaan tamadun.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 38 time(s))