Shahnon Ahmad: dari naratif daerah ke wadah dan wajah kebijaksanaan
Anwar Ridhwan1.
Karya-karya awal Shahnon Ahmad menaratifkan isu-isu daerahnya dengan pewarnaan tempatan yang unik. Perkembangan kepengarangannya telah turut menyentuh tema kekeluargaan dan kemasyarakatan yang lebih luas, meliputi isu ekonomi, urbanisasi, politik, media, alam sekitar dan agama. Isu-isu tersebut digerakkan oleh dua kelompok – yang menguasai dan yang dikuasai, dengan kelompok pertama biasanya mempunyai banyak kelebihan. Setelah melalui perjalanan kreatif yang panjang, Shahnon Ahmad percaya bahawa karya sastera boleh menjadi medium dakwah melalui gagasan sastera Islamnya.
Affiliation:
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))