Nilai-nilai kemanusiaan dalam cerita lisan: satu penelitian takmilah
Muhammad Nur Al-Hakim Mohamad Hanafiah1, Mohd Firdaus Che Yaacob2.
Cerita lisan merupakan sebuah khazanah yang berharga dan seharusnya dipelihara sebagai pedoman kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, kisah-kisah yang berkisar dalam cerita lisan sangat kaya dengan nilai termasuk nilai-nilai kemanusiaan yang menggambarkan corak hidup masyarakat Melayu terdahulu. Kajian ini berpaksikan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung dalam cerita lisan. Seterusnya, nilai-nilai kemanusiaan akan diaplikasikan dengan teori Takmilah. Pengaplikasian teori Takmilah dilakukan dalam kajian ini bagi memantapkan hujah analisis kajian. Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pembaca untuk lebih menghargai cerita lisan. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan kaedah kepustakaan dan teks bagi memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan sistematik. Kajian ini akan memberi pencerahan mengenai nilai-nilai kemanusiaan seperti baik hati, rendah diri, murah hati, sedia memaafkan dan hormat menghormati. Hasil kajian ini membuktikan cerita lisan sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mampu mendidik khalayak ke arah lebih baik dan bertamadun.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
- Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))